fAQ
frequently asked questions
Soalan Yang Sering Ditanya Pelanggan
Produk
AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD ditubuhkan pada 10 Mei 2019, muncul sebagai syarikat Malaysia pertama yg memperkenalkan rangkaian produk makanan kesihatan yang dibangunkan dengan teknologi yang diformulasikan di FRANCE dan SPAIN. Kami bertekad untuk menawarkan produk makanan kesihatan yang sentiasa menepati keperluan pengguna melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Jadilah sebahagian daripada keluarga AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD dan alami kenikmatan penjagaan usia terbaik hari ini. Kami mendukung falsafah “LOOK BETTER, FEEL BETTER, LIVE BETTER”. Ibu pejabat AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD di Petaling Jaya, Selangor. Syarikat adalah 100% milik bumiputra Islam. Pengasas syarikat adalah 3 orang yang terdiri daripada En. Faiz Salleh, En. Hafiz Salleh dan En. Fahmi Azmi. Kini syarikat mempunyai cawangan di 20 buah negara seperti di Afrika, Indonesia dan lain-lain negara lagi. Kini mempunyai lebih 45,000 orang ahli (ejen/pengedar). Syarikat juga akan memasarkan produk ke seluruh dunia pada masa hadapan.
AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD adalah syarikat berdaya saing, mempunyai kepakaran dan kakitangan yang berdedikasi, dilengkapi dengan modal serta kedudukan kewangan yang kukuh. Kini syarikat mempunyai 10,000 orang ahli walapun baru 6 bulan dilancarkan. Sudah mempunyai cawangan di peringkat antarabangsa seperti di Brunei, Indonesia, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, Kenya, Cameroon, Uganda, Algeria, Ivory Coast, Zambia, Tonga dan Nigeria. Pada masa hadapan, produk akan di pasarkan ke seluruh dunia kerana ia merupakan syarikat “INTERNATIONAL”. Dalam masa 7 bulan beroperasi, syarikat telah memasarkan 10 juta produk–produk syarikat terutama sekali AG Cera.
Kegunaan teknologi tercanggih terkini, AG Nutrition telah mengeluarkan satu produk ”Food Nutrition” yang sesuai bagi kegunaan umum. Sama ada bagi orang sihat sebagai ”Food Supplement” dan bagi orang–orang sakit sebagai alternatif pencegahan dan rawatan . FOOD NUTRITION seumpama ini banyak digunakan bagi merawat punca penyakit dan membaiki sel-sel yang terjejas bila diserang oleh pelbagai penyakit. AG CERA SATU-SATUNYA produk Malaysia yang menggunakan TEKNOLOGI HYPTOLIVE dari SPAIN dan mengandungi BAHAN PALING TERBAIK DI DUNIA iaitu CERAMOSIDE (Ceramides) dari FRANCE. Ia akan membantu menambahkan jumlah ceramides di dalam kulit. Terbukti berkesan dalam tempoh 14 hari sahaja! Teknologi HYTOLIVE adalah pembekal hydroxytyrasol terbaik di dunia, kandungan hydroxytyrasol yang banyak boleh membantu menambah baik tahap kesihatan. BUNGA SAKURA, Cherry Blossom – Kajian dari Persatuan Industri Kosmetik Jepun (JCIA) membuktikan ekstrak bunga sakura sangat efektif untuk membantu mengembalikan kecantikan, kesempurnaan kulit dan mengurangkan tanda penuaan. AG CERA juga mengandungi beberapa ekstrak dari bahan-bahan semulajadi lain yang juga bagus untuk kesihatan. Sila rujuk page ‘PRODUK” untuk penerangan lebih lanjut.
Semua produk keluaran AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD dibuat di makmal dan diformulasi dengan kualiti yang tinggi dengan kawalan keselamatan yang ketat serta kebersihannya terjamin. Keluaran Ag Nutrition juga dinilai kualiti dan kesahihan produk oleh agensi kerajaan yang berkuasa seperti KKM, Jabatan Kimia dan pusat-pusat penyelidikan universiti tempatan dan JAKIM dari semasa ke semasa.
Ya. Anda boleh mengambilnya. Produk ini hanya makanan tambahan. Sesiapa sahaja boleh mengambilnya. Ianya berasa sangat sedap bila dimakan.
Tidak ada apa-apa pantang larangnya. Ambil ketika perut kosong lebih berkesan. Ambil waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam, sebelum tidur.
Keberkesanan produk boleh dilihat di page produk dan testimoni dan juga banyak terdapat di Youtube. Kebanyakan pesakit-pesakit sudah puas berubat di hospital, namun akhirnya apabila mereka mencuba produk ini, dengan izin Allah mereka semakin bertambah baik dan mulai berupaya menjalani kehidupan harian mereka seperti sediakala.
Agen
Sesiapa yang berminat hendak menjadi ejen/pengedar bisnes dengan AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD hendaklah mengisi/mengemukakan butiran-butiran seperti berikut:
1. Nama penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. Alamat Lengkap
4. No. handphone
5. Email
Permohonan menjadi ejen/pengedar:
Butiran-butiran yang diberi akan diisi oleh saya (ADIB) sebagai upline anda dalam online registration bersertakan bayaran mengikut pakej yang dipilih seperti:
1. BASIC – RM300
2. PREMIUM – RM1200
3. ELITE – RM3600
Banyak faedah menjadi ejen/pengedar AG NUTRITION INTERNATIONAL SDN BHD. Antaranya, semua ahli dianggap sebagai ‘Distributor‘ oleh syarikat. Mereka bebas berniaga secara offline atau online. Latihan/bimbingan sentiasa diberikan kepada mereka oleh leader-leader sama ada di HQ atau oleh team masing-masing di tempat masing-masing. Ada group-group whatsapp diwujudkan bagi membantu ahli-ahli kumpulan dalam bisnes Ag Cera di samping disalurkan info-info terkini daripada syarikat. Ada 8 JENIS BONUS dalam bisnes Ag Cera yang diberikan kepada ahli–ahli yang menjalankan bisnes.
Bonus–bonus tersebut adalah:
1 . Direct Bonus
2. Team Bonus
3 . Leadership Bonus
4 . Life Style Reward
5 . GSB Repurchase Mall
6 . GSB Maintenance
7 . Leadership Reward
8 . Car Bonus Reward